Polis Bachok tahan suspek cabul mangsa banjir di PPS

BACHOK – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, Rabu lalu.

Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.

Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual-bual ketika berada di PPS berkenaan.

Katanya, lelaki itu dipercayai mencabul mangsa sebelum remaja berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu mangsa terus membuat laporan polis sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek direman lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula