RM10 juta demi pemerkasaan pembangunan rakyat Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM10 juta bagi memperkasa agenda pembangunan di Kota Kinabalu, merangkumi kebajikan rakyat, kebersihan, ekonomi komuniti dan infrastruktur awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan berfasa itu bagi memastikan negeri itu, khususnya Kota Kinabalu bergerak seiring sebagai kawasan penempatan yang lebih maju, bersih, selamat dan sejahtera.

“Sebanyak 200 jalan di seluruh kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan nilai keseluruhan RM10 juta akan dibina. Projek itu melibatkan jalan-jalan perumahan, laluan komuniti dan akses utama bagi meningkatkan keselamatan, keselesaan serta kelancaran pergerakan penduduk.

“Pelaksanaan projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencerminkan komitmen kerajaan memperkasa pembangunan bandar selaras pertumbuhan pesat Kota Kinabalu sebagai ibu negeri Sabah,” katanya semasa berucap pada Program Kesedaran Kitar Semula dan Kebersihan Pulau Gaya Bersama MPOB dan Dewan, pada Rabu.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, pembangunan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya diperluas ke kawasan pulau bagi memastikan keseimbangan pembangunan antara daratan dan kepulauan.

Menurutnya, pembangunan yang digerakkan memberi tumpuan kepada dua teras iaitu kemajuan pembangunan fizikal dan kejayaan dari sudut kebersihan persekitaran selaras dengan lawatannya ke Pulau Gaya.

“Dalam aspek penjanaan pendapatan komuniti, penduduk digalakkan mengumpul minyak masak terpakai dan menjualnya melalui program tunas. 

“Setiap satu kilogram dijual pada harga RM2.60 manakala 10 kilogram memberi pulangan RM26 dan 100 kilogram mencecah RM260.

“Bagi memastikan pelaksanaan program ini lebih tersusun, kerajaan meluluskan peruntukan RM150,000 untuk pembinaan pusat pengumpulan minyak masak terpakai di Pulau Gaya sebagai lokasi berpusat bagi penduduk menghantar minyak,” katanya.

Katanya, perbincangan dengan Sabin telah dilakukan bagi memastikan sebuah pusat sehenti untuk penghantaran minyak masak terpakai dapat direalisasikan.

“Peruntukan ini merangkumi pembinaan sebuah bangunan yang boleh dijadikan sebagai pusat untuk menghantar minyak masak terpakai yang bukan sahaja menjayakan program tetapi juga memudahkan penduduk.

“Pada masa sama, dalam usaha memperkukuh kebersihan, sebanyak RM5,000 diluluskan bagi penyediaan tong-tong sampah baharu agar Sabah bukan sahaja maju tetapi bersih dan berjaya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa penduduk Pulau Gaya mengurus kebersihan dengan lebih baik, tidak membuang minyak masak terpakai ke laut dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan kitar semula.

“Saya turut dimaklumkan sudah ada tapak yang sesuai untuk menaik taraf dewan dan pada hari ini juga saya meluluskan pembinaan dewan serbaguna dengan peruntukan RM500,000 di Pulau Gaya bagi kegunaan penganjuran aktiviti komuniti, majlis penduduk, program sosial serta kegiatan kemasyarakatan.

“Projek-projek yang diumumkan bukan bersifat fizikal semata-mata, sebaliknya merangkumi kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kemudahan awam serta penjagaan alam sekitar,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula