AMK Miri desak penjelasan status projek naik taraf kolam renang awam Miri

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa penjelasan segera mengenai status projek penyelenggaraan dan naik taraf kolam renang awam Miri yang didakwa masih tidak menunjukkan perkembangan ketara walaupun telah diumumkan akan dibaik pulih sejak tahun 2022.

Ketua AMK Miri, Christopher Jemat Amie berkata, sehingga kini masyarakat masih tidak melihat sebarang tanda kerja pembaikan dijalankan, walaupun peruntukan projek telah diluluskan dan diumumkan sebelum ini.

Namun, sehingga kini kemajuan fizikal di tapak masih belum dapat dilihat. 

“Ketiadaan maklumat jelas mengenai kemajuan projek ini menimbulkan persoalan dalam kalangan warga Miri berhubung hala tuju dan tarikh sebenar siapnya pelaksanaan. Penjelasan terbuka amat diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menegaskan kolam renang tersebut bukan sekadar pusat riadah, tetapi merupakan kemudahan utama untuk latihan atlet renang tempatan serta aktiviti sukan air. Tambah beliau, penutupan berpanjangan tanpa maklumat terkini memberi kesan langsung kepada komuniti sukan terutamanya golongan belia.

Difahamkan, projek tersebut berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan agensi sukan dengan peruntukan beberapa juta ringgit bagi pembaikan sistem penapisan air, pam utama dan pembinaan bumbung baharu. 

Sehubungan itu, AMK Miri menyeru pihak berkaitan untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai kemajuan kerja, pelantikan kontraktor dan penggunaan peruntukan yang telah diluluskan.

“Ketelusan maklumat amat penting supaya masyarakat memahami keadaan sebenar serta dapat merancang penggunaan kemudahan ini dengan sewajarnya,” katanya.

AMK Miri berharap agar tindakan segera dapat diambil bagi memastikan Kolam Renang Awam Miri dapat digunakan semula demi manfaat seluruh komuniti dalam masa terdekat.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang