Persidangan Hikayat Panglima Nikosa angkat semula warisan kesusasteraan Melayu

KUALA LUMPUR – Hikayat Panglima Nikosa, karya yang diiktiraf sebagai novel Melayu terawal diketahui di dunia, terus diberi pengiktirafan apabila Persidangan Kebangsaan Hikayat Panglima Nikosa berlangsung di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir pada Rabu.

Program tersebut dirasmikan oleh Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais yang mewakili Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut Naroden, Hikayat Panglima Nikosa yang dicetak pada 1876 oleh Ahmad Shawal Abdul Hamid memenuhi ciri dan format novel Melayu moden, sekali gus membuktikan tradisi intelektual Melayu Sarawak telah berkembang lebih maju berbanding anggapan umum.

Beliau berkata, karya itu bukan sahaja menjadi bukti awal perkembangan kesusasteraan bercetak, tetapi turut menandakan peralihan penting daripada tradisi lisan kepada penulisan moden dalam sejarah intelektual Melayu.

Sejak 2014, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah melaksanakan pelbagai program syarahan, pementasan dan kegiatan kebudayaan bagi memasyarakatkan hikayat bersejarah tersebut. 

Usaha itu turut diperkukuh oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Kursi Nusantara yang menerajui penyelidikan dan pemberian geran dalam bidang berkenaan.

Persidangan yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia ini dianjurkan melalui kerjasama AKYBMS, Institut Pengajian Borneo UNIMAS, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Pustaka Negeri Sarawak. 

Penganjuran pada peringkat kebangsaan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperluas wacana kesusasteraan Melayu Borneo.

Naroden turut menegaskan karya klasik seperti Hikayat Panglima Nikosa perlu terus diteliti dari aspek sejarah, bahasa, sosiobudaya dan pemikiran kerana ia merupakan khazanah bangsa yang tidak boleh dibiarkan lenyap.

Beliau berharap persidangan berkenaan membuka ruang kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan baharu selain memperkukuh kerjasama antara institusi yang terlibat dalam pemeliharaan warisan kesusasteraan Melayu.

“Warisan bangsa tidak boleh dibiarkan pudar. Kitalah pewaris yang bertanggungjawab menghidupkan kembali sejarah ini,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

MIRI – Seorang lelaki maut akibat dihempap sebuah jentolak dalam satu insiden tragis yang berlaku di kawasan Long Seridan, Marudi pada Ahad. Mangsa yang dikenali sebagai Mancha Lingan, 40, disahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0