Paras air tiga stesen JPS di Selangor lepasi tahap bahaya

TIGA stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor mencatat paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan laman info banjir JPS, stesen Jambatan SKC di Hulu Selangor merekodkan paras air 19.64 meter (m), Pintu Air Ijok di Kuala Selangor (4.2m) dan pekan Meru, Klang dengan 4.4m.

Selain itu, dua stesen JPS di Rantau Panjang dan Kampung Asahan di Kuala Selangor berada pada tahap amaran dengan masing-masing merekodkan paras air 7.4m dan 3.52m.

Pada masa sama, laman info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka masih masa iaitu dengan pertambahan mangsa 0.13 peratus.

Semalam, 23 PPS dibuka di tujuh daerah di Selangor, berikutan situasi banjir yang masih berlarutan.

Kuala Selangor mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan sembilan PPS membabitkan 1,741 mangsa, diikuti Klang dengan empat PPS, Shah Alam dan Sabak Bernam (3 PPS), Hulu Langat (2 PPS), manakala Hulu Bernam dan Sepang masing-masing satu PPS.

Kerajaan Negeri sebelum ini sudah mengarahkan semua agensi terlibat agar bersedia sepenuhnya menghadapi Monsun Timur Laut termasuk dari segi logistik dan bantuan kecemasan.

Pihak berkuasa juga menasihatkan orang awam agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka