PRN17 Sabah: Pengundi mahu pemimpin berjiwa rakyat, bekerja sepanjang masa 

INANAM – Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, penduduk di sekitar Inanam terus menyuarakan harapan agar wakil rakyat yang bakal dipilih pada 29 November ini benar-benar tampil sebagai pemimpin ‘berjiwa rakyat’ dan bukan sekadar muncul ketika musim pilihan raya.

Bagi Michelle Myra, 28, dari Kampung Nountun, keutamaan pengundi di kawasan itu jelas mereka mahu pemimpin yang menyelesaikan isu asas, khususnya masalah air dan status tanah yang masih belum digazetkan.

“Saya berharap agar masalah kampung, terutamanya air di sini selesai dan juga masalah tanah. 

“Semoga cepat-cepatlah tanah yang di Kg Nountun ini milik orang kampung,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press semasa Program Kita Genk Bah dan Tayangan Wayang Pacak di Mini Dewan Datuk Steven, Kg Nountun di sini pada Selasa. 

Program tersebut anjuran FINAS turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan calon PH DUN Inanam, Datuk Peto Galim serta 500 penduduk kawasan sekitarnya. 

Michelle turut menekankan bahawa wakil rakyat perlu sentiasa berada di lapangan, bukan hanya muncul ketika kempen.

“Wakil rakyat yang akan dipilih oleh kami, semoga nanti berbuat baik dan sentiasa tolong kami di sini.

“Sebagai Gen Z, saya mahu wakil rakyat saya ini up to dateespecially dalam media dan sentiasa bekerja,” kongsinya.

Michelle menambah, generasi muda di Inanam mahu pemimpin yang benar-benar menunjukkan komitmen bukan sekadar nama atau jawatan.

“Justeru saya mahu mereka sentiasa ada di sini, tunjukkan diri, bukan dalam pilihan raya saja mereka muncul. 

“Saya mahu mereka sentiasa bekerja dan selalu ada di sini. 

“Tunjukkan diri, jangan masa pilihan raya saja muncul,” katanya.

Sementara itu, Romeo Peter, 50, dari Kg Nosoob Baru, menyifatkan kriteria utama wakil rakyat ialah sifat ikhlas dan benar-benar dekat dengan rakyat.

“Memang biasa wakil rakyat yang berjiwa rakyat. 

“Buat kerja, kriteria yang baik, yang memang disukai oleh rakyat. Semoga kriteria itu menang dan boleh memimpin Sabah,” katanya.

Romeo turut berharap wakil rakyat yang dipilih nanti mampu membawa kestabilan politik serta melaksanakan tanggungjawab tanpa mengabaikan suara masyarakat.

Bagi Anita F. Binisol, 38, juga dari Kg Nountun, keutamaan rakyat adalah pemimpin yang menunaikan janji dan bekerja secara konsisten selepas diberi mandat.

“Kalau saya, saya mahu pemimpin yang betul-betul jujur, ikhlas, membuat kerja. 

“Jangan setakat janji kosong saja. Kalau boleh, apa yang manifesto mereka ucapkan sebelum ini, mesti mereka tunaikan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat sentiasa memerlukan bantuan, justeru wakil rakyat perlu terus bekerja dari hari pertama, bukan hanya kembali aktif selepas lima tahun.

“Jangan selepas lima tahun baru timbul balik. 

“Tolong terus bekerja keras kerana rakyat sentiasa memerlukan pertolongan kamu,” katanya.

Anita juga menegaskan bahawa kemenangan calon bukan jaminan kekal popular, sebaliknya rakyatlah penentu masa depan seseorang pemimpin.

“Tanpa rakyat, kamu bukan siapa-siapa,” katanya.

Ketiga-tiga penduduk ini berkongsi sentimen yang sama mereka mahukan wakil rakyat Inanam yang bekerja sepenuh hati, responsif terhadap masalah setempat dan konsisten membantu penduduk, bukan hanya ketika pilihan raya tiba.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow