UNIMAS anjur kem STEM eKelas 2025, kukuhkan minat pelajar dalam STEM

KUCHING  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Maxis Berhad menganjurkan kem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi pelajar Tingkatan Empat di bawah program Maxis eKelas Menuju Gemilang 2025.

Program sehari yang berlangsung di Kampus Induk UNIMAS, Kota Samarahan itu menghimpunkan 100 pelajar terpilih dari sekolah menengah sekitar Kuching. 

Kesemua peserta dipilih berdasarkan pencapaian akademik, penyertaan kokurikulum dan potensi kepimpinan sebagai persediaan awal menghadapi peperiksaan SPM.

Maxis eKelas Menuju Gemilang 2025 merupakan program 18 bulan hasil kerjasama Maxis dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu pelajar kurang berkemampuan meningkatkan prestasi peperiksaan sekali gus membuka peluang ke institusi pengajian tinggi.

Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman berkata, pihaknya komited menyokong pembangunan pelajar berpotensi tinggi di seluruh negara.

“Selaras dengan janji jenama ‘Tomorrow Begins Today’, kami mahu membantu pelajar ini membina keyakinan, mengasah bakat serta mempersiapkan diri mereka untuk bersaing merebut tempat di universiti terbaik,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNIMAS, Prof Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie menyifatkan inisiatif Maxis itu seiring dengan visi universiti melahirkan generasi inovatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

“UNIMAS menghargai sokongan Maxis dalam memperkasa pelajar dan membantu institusi pendidikan membangunkan bakat masa depan,” katanya.

Kem STEM itu dikendalikan pensyarah Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) UNIMAS melalui aktiviti hands-on, bengkel aplikasi sebenar, projek berkumpulan dan latihan kemahiran insaniah. Pelajar turut diberi peluang mengenali persekitaran kampus serta diberi taklimat mengenai laluan pengajian selepas SPM termasuk program asasi.

Sesi interaktif bersama wakil Maxis dan UNIMAS turut memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai pembangunan kerjaya, peningkatan diri dan kehidupan sebagai mahasiswa.

Melalui usaha bersepadu ini, Maxis dan UNIMAS menegaskan komitmen mereka untuk memperkasa generasi muda agar menjadi pemimpin dan inovator masa depan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan