Paras banjir Hatyai meningkat, pelajar UUM kini bergantung kepada air hujan

BUKIT KAYU HITAM – Paras air banjir di Hatyai, Thailand pada pagi Selasa dilaporkan semakin meningkat hingga mencecah tingkat satu hotel penginapan 40 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di bandar tersebut sejak 22 November lalu.

Wakil pelajar, Mimi Nadzirah Afiqah Md Suhaimi berkata, perkembangan terkini setakat 8.18 pagi (waktu Thailand) mendapati arus deras menyukarkan bot penyelamat untuk sampai ke lokasi mereka.

Bagaimanapun katanya, keadaan pelajar dan staf masih terkawal namun mereka kini bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk keperluan harian termasuk mandi dan membuang air.

“Kami hanya bergantung kepada bekalan makanan yang disalurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Namun, jumlahnya sangat terhad dan terpaksa dikongsi sesama kami.

“Saya sangat berharap agar ada bantuan lain yang boleh disalurkan kepada kami, khususnya dari segi bekalan makanan. Setakat ini, hanya konsulat yang membantu,” katanya dalam satu hantaran WhatsApp kepada pihak UUM hari ini.

Menurutnya, kekangan logistik akibat banjir menyukarkan sebarang bentuk penghantaran bantuan tambahan ke lokasi mereka.

Semalam media melaporkan, UUM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi pemindahan ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat yang melanda Hatyai sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, tindakan ini dibuat setelah mengambil kira makluman situasi semasa dan arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan pihak berkuasa Hatyai akan dilaksanakan secepat mungkin apabila keadaan cuaca mengizinkan.

Kesemua pelajar dan pensyarah terbabit merupakan peserta program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 anjuran Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, UUM.

Mereka dijadualkan pulang ke tanah air selepas tamat program, namun terpaksa menangguhkan perjalanan susulan bencana banjir yang melanda wilayah selatan Thailand.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah