Isu 40 peratus hasil Sabah tidak jejas semangat Federalisme

KOTA BELUD – Tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah tidak membawa kepada kemerosotan semangat Federalisme antara kerajaan negeri dan Persekutuan, sebaliknya, memerlukan kerjasama konstruktif kedua-dua pihak untuk dilaksanakan.

Pengamal undang-undang, Nizam Salleh Said Keruak berkata, meskipun sentimen politik mengenai isu berkenaan semakin memuncak selepas keputusan mahkamah baru-baru ini, ia tidak seharusnya ditafsir sebagai tanda keretakan hubungan antara dua entiti kerajaan itu.

Menurut beliau, tuntutan terbabit merupakan peruntukan perundangan yang telah lama termaktub sejak pembentukan Malaysia, dan tidak seharusnya ditafsir sebagai tuntutan baharu yang boleh menggugat struktur pentadbiran negara.

“Isu 40 peratus adalah hak perundangan yang sudah lama termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia. Ia bukan faktor yang boleh menggugat Federalisme kerana pelaksanaannya memerlukan kedua-dua pihak bergerak seiring.

“Ia memerlukan kerjasama kedua-dua pihak, sama ada dari bidang kuasa persekutuan ataupun negeri untuk menjadi semak dan imbang. Mungkin kerajaan persekutuan boleh memberikan dasar dan peruntukan, tetapi negeri pula yang menentukan keupayaan dan mekanisme pelaksanaan.

“Federalisme tidak berfungsi secara unilateral kerana ia memerlukan keseimbangan kuasa serta bentuk kerjasama berterusan antara Persekutuan dengan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada program ceramah santai di SSK Centre, pada Ahad.

Dalam pada itu, Nizam berpandangan, isu 40 peratus hasil Sabah tidak wajar dipolitikkan, khususnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan diharapkan agar kerajaan negeri yang diberi mandat baharu nanti kembali fokus mengurus tuntutan dan pelaksanaan hak tersebut secara profesional.

“Walaupun isu terbabit sering dijadikan modal politik, kerajaan yang dipilih nanti tetap bertanggungjawab untuk mengurus tuntutan tersebut secara matang dan profesional selepas musim pilihan raya berakhir.

“Kerajaan yang diberi mandat bukan saja mewakili parti, tetapi seluruh rakyat Sabah. Jadi perjuangan hak itu mesti diteruskan dalam bentuk pentadbiran, Jadi, saya fikir isu 40 peratus itu tidak menjadi permasalahan dari segi aspek Federalisme kerana memerlukan dua pihak untuk saling bekerjasama ,” katanya.

Beliau berpandangan, Malaysia sebagai negara yang merangkumi kepelbagaian negeri serta truktur sosial memerlukan Federalisme untuk mengurus aspek keselamatan, fiskal dan pentadbiran dengan lebih teratur.

“Dengan geografi Malaysia, kita memerlukan sistem Federalisme itu kerana kita sendiri tidak dapat mengawal semua benda. Seperti contoh, aspek keselamatan, pengumpulan dan pengurusan kewangan yang besar.

“Bagaimanapun, ada keperluan menambah baik (mekanisme pengagihan kuasa) bagaimana dapat mendelegasi pengurusan semula supaya fungsi kerajaan negeri tidak terlampau terbatas dan centralized,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN