Barcelona atasi Atletico 4-0 di Camp Nou

BARCELONA meraikan kepulangan penuh bersejarah ke Camp Nou yang dibina semula dengan kemenangan 4-0 ke atas Athletic Bilbao, menamatkan penantian dua setengah tahun beraksi di gelanggang sementara.

Hasrat kembali lebih awal ke Camp Nou tertangguh selama setahun akibat kelewatan pembinaan dan beberapa isu teknikal, namun kepulangan itu diraikan dengan penuh bergaya hasil jaringan Robert Lewandowski, dua gol Ferran Torres serta satu lagi sumbangan Fermin Lopez.

Malang berganda buat Athletic apabila Oihan Sancet dibuang padang pada babak kedua.

Kemenangan itu melonjakkan skuad Hansi Flick berkongsi tangga teratas La Liga bersama Real Madrid, yang akan beraksi menentang Elche awal pagi esok.

“Untuk semua…pemain, kakitangan dan penyokong, ia perlawanan yang amat istimewa. Kembali ke stadium ini sesuatu yang luar biasa,” kata Flick.

“Saya gembira dengan empat gol, rekod tanpa bolos dan tiga mata. Hari yang sempurna.”

Sekitar 45,000 penyokong memenuhi tiga bahagian stadium yang siap dibuka, dengan pertunjukan bunga api sebelum dan selepas perlawanan menambah suasana meriah.

Barcelona merancang membuka lebih banyak tempat duduk menjelang 2026 dan mencapai kapasiti penuh 105,000 tempat duduk musim depan.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai