SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa kes seludup diesel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengarah sebuah agensi penguatkuasaan di Kuching, petang semalam kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak kira-kira jam 6.20 petang.

Suspek dipercayai menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu.

Tangkapan ke atas suspek dibuat susulan serbuan dilakukan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM menerusi Op Liter di sebuah depoh simpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada Ahad lalu.

Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek bagaimanapun sudah dilepaskan dengan jaminan SPRM dengan seorang penjamin sementara siasatan lanjut dijalankan.

SPRM sebelum itu menahan seorang reman pembantu penguat kuasa agensi sama kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel yang beroperasi di Sibu.

Lelaki berusia 40-an itu direman enam hari hingga 2 September ini selepas Majistret Mason Jaro membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kuching, semalam.

Individu itu ditahan SPRM Sarawak pada 3.25 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian