MP Miri rayu kelulusan segera naik taraf lapangan terbang Miri

MIRI – Lapangan terbang Miri disenaraikan antara lapangan terbang paling sibuk di Malaysia, dengan kapasiti operasinya meningkat daripada 2 juta penumpang pada tahun 2012 kepada lebih 2.2 juta penumpang pada tahun 2023.

Justeru, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man merayu pihak kerajaan persekutuan untuk menaik taraf lapangan terbang berkenaan.

“Setiap kali berlakunya kelewatan penerbangan, penumpang terpaksa berdiri atau duduk di atas lantai,” ujar Chiew.

Tambah Chiew, Kementerian Pengangkutan sedar akan betapa mendesaknya keperluan menaik taraf lapangan terbang.

“Saya difahamkan jaminan pada 4 Mac bahawa projek menaik taraf lapangan terbang Miri diberi status keutamaan,” kata Chiew.

Selain itu, pihak kementerian turut mengemukakan projek ini untuk diberi kelulusan.

Chiew berharap projek naik taraf lapangan terbang Miri akan dimasukkan dalam Belanjawan Negara pada tahun hadapan.

Sementara itu, baru-baru ini terdapat isu warganegara dan atlet SUKMA dari luar Miri terpaksa duduk dan terbaring di atas lantai berikutan pengumuman penangguhan penerbangan.

Selain itu, ramai juga mengalami kerugian kerana terpaksa mmenghubungi pengangkutan alternatif dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas penerbangan tertangguh.

“Ini menyebabkan mereka terlepas tren, bas dan pengangkutan lain selepas menempah tiket.

Difahamkan Chiew sendiri berhadapan kelewatan dua jam pada Isnin lalu ketika terbang ke Kuala Lumpur setelah mendapati balai berlepas sesak dengan penumpang.

“Saya sentiasa menggunakan setiap saluran yang ada termasuk berjumpa secara tidak rasmi dengan menteri berkaitan di lobi bangunan Parlimen untuk membangkitkan isu ini,” kata Chiew lagi.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak