Parlimen Sri Aman anjur program baiki rumah di Kampung Sinjor

SRI AMAN – Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman bersama-sama dua agensi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman dan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman mengadakan program baik pulih rumah di Kampung Sinjor.

Menurut Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie, program berkenaan diadakan ekoran keadaan rumah milik ibu tunggal dan juga orang kurang upaya (OKU), Samban Damat agak daif dan usang.

“Beberapa petugas daripada agensi yang terlibat serta bantuan daripada penduduk Rumah Anjar di Kampung Sinjor dapat menyiapkan rumah usang milik rumah ibu tunggal tersebut dalam masa dua hari,” kata Doris.

Selain itu, ujar beliau, inisiatif kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) khidmat rakyat ini merupakan pertama kali diadakan oleh pusat khidmat Parlimen Sri Aman dengan penglibatan dua agensi berkenaan.

“Saya sentiasa memberi sokongan segala inisiatif program dan kerjasama bersepadu dengan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) demi kesejahteraan rakyat khususnya Sri Aman,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika hadir hadir ke Program Baiki Rumah di Kampung Sinjor baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak RTM Sri Aman dan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman atas usaha kerjasama tersebut.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar