Maritim Malaysia bongkar taktik tinggal sampan kosong elak dicekup

KUALA PERLIS – Sindiket penyeludupan bahan api di perairan Kuala Perlis dikesan menggunakan taktik meninggalkan sampan kosong bagi mengelak dicekup penguat kuasa.

Taktik itu terbongkar selepas Maritim Malaysia menemukan dua sampan kayu dengan enjin bergalah tanpa pemilik berhampiran di Pulau Ketam di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, penemuan itu susulan maklumat risikan sebelum pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan di kedudukan 0.05 dan 0.07 batu nautika dari selatan pulau berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, kedua-dua sampan tanpa nombor pendaftaran itu didapati ditinggalkan tanpa pemilik.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui 19 tong petrol dianggarkan 570 liter serta 15 tong diesel berjumlah kira-kira 450 liter,” katanya.

Rekod terdahulu menunjukkan modus operandi sebegini digunakan untuk membawa keluar petrol dan diesel bersubsidi ke negara jiran sebelum ditinggalkan apabila menyedari kehadiran penguat kuasa.

Selain itu, sindiket juga sering memilih kawasan bakau dan laluan sempit berhampiran Pulau Ketam untuk meloloskan diri apabila dikesan bot rondaan.

Kesemua tong berisi bahan api dan dua sampan itu bernilai lebih RM40,000 dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (Pindaan 2021) dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Nak Rong, pihaknya komited mengekang helah baharu sindiket penyeludupan termasuk taktik meninggalkan bot sebelum melarikan diri ke kawasan bakau.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat jenayah maritim melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula