Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Tengah

KUCHING – Kemalangan maut dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Tengah, Kuching sekitar 10.45 malam pada Selasa.

Kejadian ini melibatkan motosikal Yamaha Y15 yang hilang kawalan apabila memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Axia.

Penunggang motosikal merupakan lelaki tempatan berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah.

Menurut kenyataan rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 11.30 malam oleh pihak Hospital Umum Sarawak.

“Pemandu kereta Axia pual tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata kenyataan itu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuching, Insp Russell Anak Stetson Junner, di talian 013-8578601, BSPTD Kuching di 082-259900, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak berkuasa juga menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa memandu, terutama keadaan hujan yang menyebabkan jalan licin.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan