
LAWAS – Jualan Rahmah yang berlangsung di Red City Family Store mendapat sambutan hangat daripada masyarakat di Lawas.
Tawaran harga jualan yang murah dari harga asal menarik ramai pengunjung sehingga tidak mahu melepaskan peluang membeli barangan keperluan mereka seperti telur ayam, ayam segar, minyak masak botol, beras dan sebagainya.
Menurut salah seorang pembeli, Joseph, Jualan Rahmah dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan sekali gus meringankan kos perbelanjaan bulanannya.
“Jualan ramah sememangnya baik kepada semua orang tanpa mengira latar belakang dan saya berharap jualan ini dapat diteruskan lagi,” kata orang awam, Marasan.

Sementara itu, orang awam, Hafizan berkata potongan harga barangan terpilih boleh menjimatkan perbelanjaan harian seperti telur ayam Gred A dari harga asal RM18.50 ke RM13.20.
Sememangnya Jualan Rahmah merupakan jualan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang murah.





