Manifesto PRN17: GRS garis hala tuju 5 tahun Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melancarkan Manifesto Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang menggariskan satu gagasan, empat rukun dan 16 strategi pembangunan komprehensif sebagai landasan hala tuju negeri bagi tempoh lima tahun seterusnya.  

Pelancaran manifesto itu disempurnakan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin. 

Hajiji menyifatkannya sebagai deklarasi akujanji, komitmen dan perancangan strategik GRS kepada rakyat menjelang pilihan raya pada 29 November ini.  

“Maka pada hari ini, atas nama perjuangan dan komitmen Gagasan Rakyat Sabah; kita lancarkan Manifesto GRS, sebagai deklarasi akujanji, komitmen dan perancangan strategik parti GRS kepada rakyat Sabah untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

“Deklarasi akujanji, komitmen dan perancangan strategik GRS ini berdasarkan kepada empat tunjang utama perjuangan GRS dalam membela hak-hak rakyat dan kedaulatan Negeri Sabah; iaitu SABAH FIRST (Sabah Diutamakan), SABAH FORWARD (Sabah Melangkah Ke Hadapan), SABAH PROSPER (Sabah Maju Jaya) dan SABAH UNITED (Sabah Yang Bersatu).

“Empat tunjang utama perjuangan ini sebenarnya telahpun kita zahirkan semasa pelancaran GRS pada 28 Mei 2022, justeru, berteraskan asas ini maka kita tawarkan ia sebagai tunjang.

“Manifesto kita untuk membawa Sabah ke mercu kejayaan di masa akan datang,” katanya pada pelancaran Manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.

Beliau yakin menerusi kerangka manifesto yang lebih komprehensif; berlandaskan iltizam dan komitmen ke arah Sabah yang progresif, makmur dan bersatu padu, GRS akan mendapat sokongan padu daripada rakyat, menguasai 55 kawasan DUN yang ditandingi dan menguasai semula Kerajaan Negeri Sabah.

“Sesungguhnya, GRS adalah pilihan terbaik untuk seluruh rakyat,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan