PRN17 Sabah: Anwar anggap pertembungan di 4 kerusi DUN sebagai ‘mesra’

KOTA KINABALU – Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertembungan antara calon PH dan rakan kerjasama pilihannya, GRS dan BN di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) digambarkan sebagai ‘pertembungan mesra’.

“Ia membabitkan beberapa kawasan sahaja.

“Tidak banyak, jadi ia tidak seharusnya menjadi masalah,” katanya ketika menjawab pertanyaan media semasa sesi santai bersama pengamal media di sini pada Ahad.

Sebagai rekod empat kerusi DUN iaitu Bandau; Karamunting, Moyog dan Kemabong.

Bagi kerusi DUN Kemabong, berlaku pertindihan calon melibatkan tiga gabungan iaitu PH, GRS dan BN.

DAP, mewakili PH, mencalonkan bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual; GRS mempertaruhkan penyandang, Datuk Rubin Balang; manakala BN menurunkan Rahmah Jan Sulaiman.

Pertembungan antara GRS dan PH juga dapat dilihat di beberapa kawasan lain, termasuk di DUN Moyog melalui saingan antara Remysta Jimmy Taylor (PH) dan Joeynodd Aiko Ronald C Bansin (GRS).

Dua lagi kerusi yang menyaksikan pertembungan sama ialah DUN Bandau dan DUN Karamunting.

Bagi PRN kali ini, GRS dan PH membentuk kerjasama rasmi, sementara PH turut bekerjasama dengan BN.

Namun begitu, tiada persefahaman politik wujud antara BN dan GRS.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang