Tidak dicalon namun kekal sokong GRS, pendirian Awang Ahmad cetus tanda tanya

PETAGAS – Tindakan calon Bebas DUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang tetap mahu menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meskipun bertanding sebagai calon bebas menimbulkan persoalan mengenai ketegasan pendirian politiknya, terutama selepas tidak dicalonkan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Walaupun menyatakan harapan agar GRS membentuk kerajaan selepas 29 November nanti, Awang Ahmad Sah pada masa sama tidak menolak kemungkinan menyokong mana-mana parti lain yang menjadi pemerintah, dengan alasan mahu memastikan Petagas menerima pembelaan sewajarnya.

“Saya benar-benar berharap GRS dapat menubuhkan kerajaan supaya saya boleh memberi sokongan terbuka tanpa melompat parti,” katanya kepada The Malaysia Press selepas penamaan calon DUN Petagas di Dewan Sri Putatan, pada Sabtu.

Kenyataan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan beliau sebelum ini pernah mengumumkan hasrat bertanding atas tiket GRS, sebelum akhirnya memilih jalan bebas selepas gabungan itu tidak menamakan beliau sebagai calon.

Dalam pada itu, Awang Ahmad Sah berkata, beliau telah meletakkan semua jawatan dalam parti sebelum bertanding bagi mengelakkan tindakan disiplin.

“Tidak elok saya bertanding bebas tetapi masih memegang jawatan dalam parti,” katanya.

Pertembungan di Petagas mencuri perhatian apabila beliau kini berdepan saingan 10 penjuru, termasuk menentang adiknya sendiri, Datuk Awang Husaini, yang mewakili PKR di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

Turut bertanding adalah Aslin Samat (Parti Impian Sabah), Sabreezani Sabdin Ghani (Anak Negeri), Dr Mohd Afifi Shaiffuddin (PN-PAS), Lee Nyuk Soon @ Jason Lee (UPKO) dan Patrick @ Peter Manius (Bebas/IND), Adelaide Cornelius (KDM), dan Annita Shiela F.Among (STARSabah).

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah