PRN17 Sabah: Pertembungan keluarga warnai penamaan calon di DUN Petagas

PUTATAN – Penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas membuka satu episod menarik apabila pentas politik kawasan itu dihiasi pertarungan melibatkan tiga ahli keluarga.

Suasana demokrasi itu menjadikannya antara kerusi yang paling menarik perhatian pada hari penamaan calon, pada Sabtu.

Tumpuan utama di Petagas sudah tentu terarah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Awang Husaini Sahari yang akan menentang abangnya, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Awang yang merupakan bekas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas membuat kejutan tampil sebagai calon Bebas selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tidak mencalonkan beliau bagi mempertahankan kerusi terbabit.

Lebih menghangatkan suasana, penyandang lama Petagas dan juga bapa saudara kepada kedua-dua beradik itu, Datuk Uda Sulai, kembali mempertahankan kerusi tersebut atas tiket Warisan, menjadikan persaingan keluarga itu antara yang paling unik pada PRN Sabah kali ini.

Dengan 10 penjuru disahkan bertanding di N23 Petagas, kawasan itu kini muncul sebagai antara kerusi paling sarat dengan drama politik tempatan, memperlihatkan bagaimana hubungan kekeluargaan turut diuji dalam percaturan mendapatkan mandat rakyat.

Terdahulu, Awang Husaini tiba di pusat penamaan calon tersebut kira-kira pukul 8.45 pagi bersama para penyokong PH serta calon DAP yang juga mewakili PH, Datuk Chan Foong Hin bagi kerusi DUN Tanjung Aru.

Turut hadir mengiringi dua calon PH itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan ahli-ahli Parlimen PH antaranya Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong. Young Shefura Othman.

Dalam pada itu ketua pengurus pilihan raya Masawi Salleh turut mengumumkan kerusi DUN Petagas turut ditandangi Aslin Samat (Parti Impian Sabah), Sabreezani Sabdin Ghani (Anak Negeri), Dr Mohd Afifi Shaiffuddin (PN-PAS), Lee Nyuk Soon @ Jason Lee (UPKO) dan Patrick @ Peter Manius (Bebas/IND), Adelaide Cornelius (KDM), dan Annita Shiela F.Among (STARSABAH)

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah