Anak muda perlu berdisiplin guna teknologi digital, elak terjerumus ketagihan

LIMBANG – Disiplin dalam penggunaan teknologi menjadi cabaran utama anak muda ketika dunia semakin dipacu digital.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, teknologi membuka ruang pembelajaran tanpa sempadan, namun hanya memberi nilai apabila digunakan dengan penuh disiplin.

“Dunia kini di hujung jari, tetapi disiplin diri menentukan haluan hidup.

“Jangan biarkan permainan dalam talian atau hiburan maya mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk masa depan,” katanya.

Hasbi menegaskan penguasaan teknologi bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi keperluan untuk bersaing dalam ekonomi masa kini. 

Namun, beliau mengingatkan anak muda perlu dibentuk dengan karakter yang kukuh agar tidak terjerumus dalam ketagihan digital.

“Teknologi ialah alat. Yang menentukan kejayaan ialah karakter, disiplin dan nilai diri. Itulah yang membezakan anda daripada orang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan LiGoSS Graduation Ceremony (LiGrace) 2025 di Dewan Utama SMK Limbang pada Sabtu.

Sementara itu, Hasbi turut mengingatkan Limbang memerlukan generasi pelapis yang mampu menjadi pemimpin masa hadapan.

“Anda bukan sekadar graduan. Anda bakal menjadi jurutera, guru, usahawan, profesional dan pemimpin yang membawa nama Limbang,” katanya.

Hasbi menyifatkan pelajar SMK Limbang sebagai aset penting daerah tersebut, manakala peranan guru dan ibu bapa kekal menjadi tunjang dalam membentuk sahsiah pelajar.

“Di sebalik setiap pelajar berjaya, ada guru yang ikhlas mencurahkan ilmu dan ibu bapa yang tidak pernah berhenti berdoa,” tambahnya.

Dengan peperiksaan SPM yang sedang berlangsung, beliau menyeru pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya dan meninggalkan aktiviti yang boleh merugikan.

“Beberapa minggu ini sangat penting. Apa yang anda usahakan hari ini akan menentukan hasil pada masa depan.

Jangan takut gagal kerana kegagalan ialah ruang belajar, bukan pengakhiran,” katanya.

Hasbi turut memuji komitmen SMK Limbang dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan bidang pendigitalan.

Turut hadir Pengetua SMK Limbang, Norfarhana Abdullah; Pegawai SISC+ merangkap wakil PPD Limbang, Mary Ajang; Naib Yang Dipertua PIBG, Cisilia Alias; serta barisan pentadbir sekolah, pegawai kerajaan dan ibu bapa.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai