Urang Sabah ‘naik hantu’ penyokong PN biadab, buat kecoh halang jalan raya

PUTATAN – Suasana penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17) Sabah bertukar tegang apabila penyokong Perikatan Nasional bertindak membuat kecoh sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tinjauan mendapati penyokong PN bersikap biadab apabila berhimpun sehingga memenuhi ruangan jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan yang ingin menggunakan laluan terbabit.

Suasana bertambah tegang apabila seorang pengguna jalan raya yang sudah lama terperangkap dalam kesesakan bertindak keluar dari kenderaannya lalu meluahkan kemarahan terhadap kumpulan penyokong PN itu.

Lelaki berkenaan menjerit meminta mereka berhenti membuat bising serta tidak menyusahkan orang awam yang hanya mahu pulang ke rumah.

“Kalau mahu berkempen, silakan, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain,” katanya dengan nada marah, disusuli sorakan balas daripada beberapa penyokong yang memeriahkan lagi kekecohan.

Suasana itu menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota bagi memastikan kawalan lalu lintas berjalan dengan lancar.

Medan pertarungan bagi PRU17 Sabah membuka gelanggangnya pada Sabtu dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan.
Tempoh satu jam diberikan iaitu dari 9 hingga 10 pagi untuk penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding.

Calon kemudiannya mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen bagi meraih sokongan pengundi, iaitu sehingga 11.59 malam pada 28 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengingatkan parti politik yang bertanding serta penyokong supaya bersama-sama memastikan ketenteraman awam semasa proses penamaan calon hari ini termasuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun