Kerajaan mahu rayu ‘hukuman keras’, bukan 40 peratus hak Sabah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk merayu kecacatan penghakiman yang dibuat berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah.

Jelasnya, kerajaan ingin merayu membabitkan ‘hukuman keras’ keputusan mahkamah terhadap Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1974.

“Kita nak asingkan keputusan kerajaan menghormati Perlembagaan dan penghakiman membabitkan 40 peratus.

“Tetapi hukuman terhadap kerajaan sejak 1974… 2021 termasuk ketika Kota Bharu menteri undang-undang ketika itu, serius apakah Kota Bharu nak terima tuduhan itu, kita rasa tak sesuai.

“Apa lagi bila disebut tidak berpelembagaan sejak 1974, sebahagian daripada keputusan yang dikaitkan dalam penghakiman. Jadi, alasan dan juga ‘substantive order’ kita rasa perlu dirayu.

“Kita rasa tak adil, tak tepat kerana menghukum semua kerajaan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Menteri di Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Takiyuddin ketika membangkit soalan tambahan bertanyakan alasan kerajaan untuk mencabar keputusan mahkamah berhubung isu 40 peratus hak Sabah.

Katanya, pada kebiasaannya tindakan mencabar keputusan mahkamah dibuat apabila tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman.

Pada 11 November lalu, AGC dalam satu kenyataan berkata, Peguam Negara (AG) telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.

“Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan. Dakwaan ini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974.

“Selain itu, alasan penghakiman juga menyatakan bahawa Kajian Semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran. Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat