Media Itali gesa tekanan antarabangsa terhadap sekatan liputan di Gaza

KESATUAN dan organisasi media Itali menggesa kerajaan negara itu serta Kesatuan Eropah (EU) mendesak Israel membenarkan kemasukan wartawan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

Gesaan itu dibuat oleh Persekutuan Akhbar Nasional Itali (FNSI), Majlis Kebangsaan Perintah Wartawan (ODG) dan kumpulan Justice and Peace in the Middle East dalam sidang media di Persatuan Akhbar Asing di Rom, semalam.

Wakil kumpulan itu, Gianni Giovannetti berkata hampir 300 wartawan terbunuh di Gaza sejak serangan Israel bermula pada 7 Oktober 2023.

“Membunuh wartawan bermakna membunuh kebenaran,” katanya, lapor Anadolu.

Setiausaha Agung FNSI, Alessandra Costante pula menegaskan keperluan “mata bebas” bagi mengesahkan laporan rakan media yang terkorban di Gaza.

Dalam mesej video, wartawan Palestin, Al Hassan Selmi berkata lebih ramai wartawan menjadi sasaran sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, Israel melakukan 282 pelanggaran gencatan senjata, termasuk 124 serangan dan 52 pengeboman yang menyebabkan 242 penduduk terbunuh serta lebih 620 cedera.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula