Kerjasama erat negeri dan Persekutuan penting untuk pembangunan Sabah

BONGAWAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menekankan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dan pembangunan di Sabah.

Beliau berkata, hubungan erat dengan Kuala Lumpur amat penting kerana negara ini ditadbir bersama sebagai satu entiti.

“Kerjasama dengan Kuala Lumpur amat penting kerana dia mentadbir negara, negara ini adalah negara kita. 

“Walau apa pun kita pertahankan hak negeri, kita harus pertahankan negara,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan di Dewan Serbaguna Bongawan, pada Isnin.

Dalam majlis itu, Hajiji mendedahkan hampir separuh anak Sabah telah menerima bantuan biasiswa untuk pendidikan berjumlah RM1.3 bilion dalam tempoh empat tahun lalu.

Katanya, jumlah itu merupakan antara yang tertinggi berbanding sebelum ini hasil daripada peningkatan pendapatan negeri.

“Dulu kita hanya kutip hasil RM4 bilion hingga RM5 bilion setahun, tapi sekarang mencecah RM7.5 bilion. Ini yang kita kembalikan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan hanya membuat pengumuman tanpa tindakan nyata.

“Memanglah mereka tidak rasa kerana manfaat itu hanya dapat dirasai rakyat. 

“Walaupun tidak semua yang dibantu, tapi kita dapat bantu paling ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan Tan Sri Anifah Aman daripada Parti Cinta Sabah (PCS) sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Bongawan pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah.

“Kalau GRS, parti komponennya dan jenteranya mantap, ditambah dengan sokongan rakyat serta perpaduan padu, saya yakin Bongawan milik GRS dan kita mahu menang,” katanya.

Beliau berkata, DUN Bongawan yang kini disandang pembangkang perlu kembali diwakili parti kerajaan supaya dapat dimajukan selaras dengan slogan ‘Bongawan Maju’.

Hajiji turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRU17 Sabah pada 29 November ini.

Beliau juga mengingatkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat bagi memastikan kestabilan politik di Sabah terus terpelihara dan diterjemahkan melalui sokongan padu kepada GRS.

Katanya, jika mandat baharu diberikan kepada GRS, pelbagai lagi program ekonomi dan pembangunan rakyat akan diteruskan sepanjang lima tahun akan datang.

Hajiji dalam masa sama menasihatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan pembangkang menjelang pilihan raya.

Related Posts

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’