Kes influenza di Sarawak masih terkawal, masyarakat dinasihat tidak panik

BEKENU – Situasi jangkitan influenza di Sarawak dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan tidak menimbulkan kebimbangan umum.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, meskipun terdapat peningkatan kes di beberapa kawasan, keadaan itu tidak boleh disamakan dengan pandemik COVID-19 kerana ia merupakan jangkitan bermusim yang berlaku setiap tahun.

“Bagi 2025, sebanyak 20 kluster influenza telah direkodkan di seluruh Sarawak dengan 43 wabak dicatatkan setakat Minggu Epidemiologi ke-44 (26 Oktober hingga 1 November),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival ‘Sihat Itu Saya: Jelajah Wow Zoomers Bersama MyCHAMPION Hari Bertemu Pelanggan’ yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bekenu pada Sabtu. 

Menurut Lukanisman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau perkembangan kes dan giat menyebarkan maklumat berkaitan langkah pencegahan serta simptom influenza melalui laman web rasmi dan platform media sosial.

“Influenza bukan penyakit baharu. Ia disebabkan oleh virus Influenza A dan B yang menular setiap tahun, jadi orang ramai tidak perlu panik,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya segera membawa ahli keluarga yang menunjukkan gejala influenza ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.

Lukanisman turut menegaskan amalan kebersihan diri dan pemakaian pelitup muka ketika bergejala dapat membantu mencegah penularan jangkitan dalam komuniti.

FOTO: Jasmine AE

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman