Hajiji umum calon GRS pada 12 November

MENUMBOK – Senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) akan diumumkan pada 12 November ini, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tarikh tersebut ditetapkan selepas mengambil kira pengumuman calon oleh beberapa parti lain yang dijangka dibuat lebih awal minggu ini.

“Kita sudah agih kerusi, jadi dia mahu umum, dia umumlah dia punya, kita akan umum kemudian.

“Kita akan umumkan pada 12 November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok 2025–2035, Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sabah Maju Jaya, serta Perasmian Masjid Nur Ihsan Daerah Menumbok, pada Khamis.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan gabungan itu untuk terus mentadbir negeri selepas PRU kali ini berdasarkan kekuatan calon yang bakal diketengahkan.

“Kita hanya letak calon yang boleh menang, termasuk di Kuala Penyu.

“Calon kita yakin boleh menang pada pilihan raya ini,” katanya.

Menurut beliau, keyakinan itu berpaksikan kepada rekod kerja dan dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Kalau menang, kita akan teruskan pelan pembangunan hala tuju SMJ 2.0 untuk kesinambungan program pembangunan di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk membincangkan semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah bersama Kerajaan Persekutuan.

Katanya, kemudahan itu bukan sahaja penting untuk memperkukuh hubungan antara pulau dan tanah besar Sabah, tetapi juga dijangka mampu merancakkan ekonomi daerah kecil Menumbok dan Kuala Penyu.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama