Hajiji umum calon GRS pada 12 November

MENUMBOK – Senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) akan diumumkan pada 12 November ini, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tarikh tersebut ditetapkan selepas mengambil kira pengumuman calon oleh beberapa parti lain yang dijangka dibuat lebih awal minggu ini.

“Kita sudah agih kerusi, jadi dia mahu umum, dia umumlah dia punya, kita akan umum kemudian.

“Kita akan umumkan pada 12 November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok 2025–2035, Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sabah Maju Jaya, serta Perasmian Masjid Nur Ihsan Daerah Menumbok, pada Khamis.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan gabungan itu untuk terus mentadbir negeri selepas PRU kali ini berdasarkan kekuatan calon yang bakal diketengahkan.

“Kita hanya letak calon yang boleh menang, termasuk di Kuala Penyu.

“Calon kita yakin boleh menang pada pilihan raya ini,” katanya.

Menurut beliau, keyakinan itu berpaksikan kepada rekod kerja dan dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Kalau menang, kita akan teruskan pelan pembangunan hala tuju SMJ 2.0 untuk kesinambungan program pembangunan di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk membincangkan semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah bersama Kerajaan Persekutuan.

Katanya, kemudahan itu bukan sahaja penting untuk memperkukuh hubungan antara pulau dan tanah besar Sabah, tetapi juga dijangka mampu merancakkan ekonomi daerah kecil Menumbok dan Kuala Penyu.

Related Posts

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Nana Mohamad SIBU – Bukit Lima Nature Reserve hari ini mencatat satu lagi pencapaian apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Largest Protected Urban Peat Swamp Nature Reserve’, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

IPOH – Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter ketika mandi-manda di kawasan Air Terjun Buntong, Menglembu, di sini pada Sabtu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji