Remy Ishak kini bergelar Datuk, Ashraf Muslim terima anugerah BKT

MELAKA – Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh disini hari ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau merupakan anak jati kelahiran Melaka dari Durian Tunggal merupakan artis terkenal yang telah berlakon lebih 30 buah filem sejak 2007.

Remy berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya untuk menerima gelaran Datuk mencari gelaran itu pun tidak, tetapi gelaran ini diberikan sebagai hadiah kepada saya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Sementara itu, istiadat yang berlangsung turut menyaksikan pelakon, Ashraf Muslim dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) daripada Yang di-Pertua Negeri.

Ashraf atau nama sebenar, Mohd Ashraf Muslim, anak kelahiran Telok Mas, Melaka, berterima kasih atas penganugerahan itu selepas berjaya membawakan watak Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah.

“Bintang kebesaran ini besar maknanya bagi saya. Ini adalah antara penghormatan kepada anak seni.

“Pada masa sama, ia menjadi antara pemangkin khususnya kepada anak seni untuk terus aktif berkarya,” katanya.

Pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) turut diberikan kepada suami pelakon Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Related Posts

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

PAUH PUTRA – Hasrat seorang anak tukang masak dan seorang anak yatim untuk melanjutkan pengajian ke universiti hampir terkubur akibat kekangan kewangan sebelum mendapat perhatian Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

KANGAR – Pemuda Pas Perlis mendakwa usaha untuk menjatuhkan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bukan lagi sekadar dakwaan politik apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terhenti keahlian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

Gejala sosial remaja makin parah, tubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional – MAPIM

Gejala sosial remaja makin parah, tubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional – MAPIM

Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat