Isu tiga serangkai hanya naratif politik, GRS terus laksana penyelesaian – Armizan

PAPAR – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali memuat naik video di media sosial sebagai menjawab balas dengan fakta berkaitan kenyataan pihak pembangkang yang bermain dengan isu tiga serangkai iaitu air, elektrik dan jalan raya yang gagal diselesaikan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, tuduhan bahawa kerajaan negeri di bawah GRS tidak berfungsi hanyalah naratif politik yang dibina atas persepsi dan drama visual di media sosial tanpa meneliti realiti perancangan serta usaha sebenar di lapangan.

“Air, elektrik dan jalan pun tidak selesai, di mana maju jayanya? Itu cerita dijual, lebih dramatik bila dikongsi video dan gambar, lalu disimpulkan GRS gagal.

“Isu asas seperti air dan tenaga bukan masalah yang muncul dalam satu penggal, sebaliknya berpunca daripada kelemahan struktur dan pelaksanaan sejak bertahun-tahun. 

“Peningkatan populasi serta pembangunan baharu turut menambah tekanan terhadap infrastruktur asas negeri,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook, pada Sabtu.

Tambah Armizan, Parlimen Papar sendiri tidak terkecuali, namun usaha sedang dilaksanakan melalui pendekatan menyeluruh yang menumpukan kepada empat komponen utama iaitu Resource (sumber air mentah), Treatment (loji rawatan), Distribution (saluran paip) dan Enforcement (penguatkuasaan kecurian air).

Katanya, daripada empat komponen itu isu paling kritikal di Papar ialah kapasiti rawatan air. Permintaan semasa mencecah 93 juta liter sehari, manakala kapasiti sedia ada hanya sekitar 63 juta liter, mewujudkan defisit harian hampir 30 juta liter atau hanya 65 peratus keperluan sebenar dapat dipenuhi.

“Dengan kapasiti sekarang, walau pelbagai langkah diambil, pasti akan ada kawasan terpaksa menghadapi catuan.

“Loji Rawatan Air Kogopon Fasa 2 yang menjadi tunjang utama penyelesaian jangka panjang sebenarnya sudah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke-11, namun tertangguh disebabkan semakan kos dan isu pembiayaan. 

“Projek itu akhirnya dimulakan semula pada Ogos 2023 selepas rundingan khas di peringkat tertinggi Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Kini, projek tersebut mencapai kemajuan 59.39 peratus dan dijangka siap pada penghujung 2026.

 “Saya tidak ada lampu ajaib untuk siapkan projek dalam masa singkat, tapi komitmen saya ialah memastikan ia siap mengikut jadual,” katanya.

Jelasnya, projek muka sauk alternatif di Kampung Kabang turut dilaksanakan bagi menangani isu air masin di Sungai Papar. 

Projek tersebut kini mencapai 36.92 peratus kemajuan dan dijangka siap awal tahun depan.

Armizan berkata, dua projek utama itu menjadi bukti jelas bahawa GRS sedang bekerja menyelesaikan isu legasi air, bukan sekadar memberi janji baharu.

“Ini bukan soal menuding siapa gagal, tapi siapa bekerja. Legasi ini panjang, tapi kita sudah mula bergerak.

“Saya mengingatkan rakyat supaya menilai berdasarkan rekod dan hasil kerja sebenar bukan persepsi yang dibina menjelang pilihan raya.

 “Kami tidak sempurna, tetapi kami bekerja,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16