Seni dan budaya lambang perpaduan masyarakat – Hasbi

LIMBANG – Bidang seni dan kebudayaan perlu terus diperkasa sebagai wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, seni dan budaya bukan sekadar bentuk hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi simbol identiti bangsa yang mencerminkan nilai, adat serta keunikan pelbagai etnik di negara ini.

“Malam seni dan kebudayaan seperti ini memperlihatkan keunikan pelbagai etnik yang ada di Limbang. Ia bukti bahawa kita hidup dalam suasana penuh muhibah dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Hasbi berkata demikian ketika merasmikan Malam Kebudayaan sempena Hari Belia Limbang Moto Day 3.0 yang diadakan di Kawasan Tempat Letak Kenderaan Lit 777, Limbang pada Khamis malam.

Menurut beliau, bidang seni dan kebudayaan telah memainkan peranan penting termasuk membentuk jati diri rakyat Malaysia, selain medium mengeratkan hubungan antara kaum.

“Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan budaya juga merupakan aktiviti kesenggangan penting dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Hasbi turut menegaskan kemajuan dunia digital memberi peluang luas kepada masyarakat untuk mengenali dan memahami budaya masing-masing melalui pelbagai platform media sosial dan digital. Namun beliau mengingatkan agar kemudahan teknologi tidak disalahgunakan.

“Teknologi ini jika disalah guna boleh membawa keburukan, terutamanya kepada generasi muda. Banyak kes melibatkan pelajar dan belia yang ketagih permainan dalam talian hingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka,” katanya.

Beliau berkata, tanggungjawab membendung penyalahgunaan teknologi tidak boleh diletakkan di bahu guru semata-mata, sebaliknya ibu bapa perlu memainkan peranan utama.

“Jangan biarkan anak-anak terlalu ketagih terhadap permainan video hingga mengganggu pelajaran dan kesihatan. Didikan awal di rumah amat penting untuk membentuk disiplin dan sahsiah diri,” katanya.

Hasbi turut menekankan bahawa pendidikan yang baik bermula daripada rumah, dan ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada sekolah.

“Ibu bapa lebih memahami keperluan anak-anak. Didiklah mereka dengan kasih sayang dan seimbang antara ilmu dunia serta agama supaya lahir insan berjaya di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyeru agar kerjasama ibu bapa dan guru melalui PIBG diperkukuh bagi memastikan sistem pendidikan negara berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Guru memainkan peranan penting membimbing anak bangsa. Dengan sokongan ibu bapa, kita mampu melahirkan pelapis masa depan yang berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan program berunsur kebudayaan itu sebagai platform mempererat masyarakat dan memupuk semangat cintakan warisan tempatan.

“Program seperti ini bukan sahaja menyerikan suasana, malah memberi peluang kepada belia mengenali budaya sendiri dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara,” ujarnya.

Beliau berharap penganjuran program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya sebagai acara tahunan tetapi sebagai usaha berterusan memupuk perpaduan dan memperkukuh identiti bangsa.

“Kita mahu melihat generasi muda bukan sahaja maju dalam teknologi, tetapi juga mempunyai jati diri kukuh, menghargai budaya dan berakhlak mulia,” tegasnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan oleh wakil etnik di Limbang, termasuk tarian tradisional, persembahan muzik dan pertunjukan pakaian tradisi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Seberkas Bahagian Limbang, Kr Sufian Mohat.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai