Sultan dan Tengku Ampuan Pahang selamat tiba di Kuching untuk lawatan rasmi empat hari

KUCHING – Lawatan rasmi empat hari Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ke Sarawak disifatkan sebagai simbol keakraban hubungan kedua-dua negeri tersebut dalam memperkukuh kerjasama budaya dan rakyat.

Pesawat diraja yang membawa baginda berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar 12.10 tengah hari pada Jumaat, dan keberangkatan tiba disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lawatan ini merupakan kunjungan semula Seri Paduka Baginda ke Sarawak selepas kali terakhir berangkat ke negeri ini ketika Program Kembara Borneo 2023, sewaktu baginda masih menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sepanjang berada di Sarawak, baginda berdua dijadual menghadiri beberapa program kebudayaan, sosial dan komuniti, menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memperkukuh jalinan antara rakyat kedua-dua negeri.

Antara acara utama ialah Majlis Makan Malam Rasmi Sarawak–Pahang di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang dijadual berlangsung pada Jumaat malam.

Lawatan ini bukan sekadar acara rasmi, tetapi mencerminkan hubungan muhibah yang erat antara institusi diraja dan kerajaan negeri, selain menzahirkan semangat kebersamaan antara Sarawak dengan Pahang.

Turut hadir Timbalan Premier, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung