New Zealand sahabat ASEAN ketika senang mahupun susah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan New Zealand sebagai rakan ASEAN yang memahami, sentiasa bersama ketika senang mahu pun susah.

Beliau yang juga Pengerusi ASEAN berkata, melalui tema ASEAN tahun ini iaitu ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, ia adalah lensa yang praktikal bagi kedua-dua pihak berusaha membentuk masa depan bersama.

“Kita berada di sini untuk meraikan perkongsian yang bukan saja bertahan sejak sekian lama tetapi juga untuk mencari cara memperkukuh hubungan kita.

“New Zealand, sejak sekian lama bersama ASEAN, melalui detik kemakmuran dan saat kemenangan, daripada krisis kemanusiaan hingga ketidaktentuan global.

“Justeru, kedudukan ini sudah tentu akan membuka jalan baharu, bukan saja untuk mengemudi cabaran tetapi juga meneroka peluang baharu,” katanya ketika mempengerusikan bersama Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand,

Sidang kemuncak berkenaan, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan dialog antara ASEAN dan New Zealand, turut dipengerusikan bersama Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dan disertai Ketua-Ketua Negara ASEAN.

New Zealand menjadi rakan dialog ASEAN pada 1975, menjadikan negara itu rakan dialog kedua tertua dalam kalangan negara luar ASEAN.

Pada 2015, hubungan dua hala itu dipertingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik dan Vietnam kini bertindak sebagai penyelaras hubungan dialog ASEAN-New Zealand.

Jumlah dagangan dua hala antara ASEAN dan New Zealand mencecah NZ$27 bilion (RM65.57 bilion) pada 2024.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak