Perjanjian AS-Malaysia cipta sejarah, produk tempatan terima keistimewaan pasaran kuasa besar

PUTRAJAYA –  Kejayaan rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang dimeterai Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia membuktikan keberkesanan diplomasi ekonomi dan komitmen kerajaan persekutuan dalam memperjuangkan kepentingan nasional.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan, langkah itu bukan sahaja meningkatkan daya saing firma tempatan di pasaran antarabangsa, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang utama AS di rantau Asia Tenggara.

“Perjanjian perdagangan terbaharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dijangka melonjakkan kedudukan ekonomi negara, apabila sebanyak 1,711 barangan eksport bernilai AS$5.2 bilion (RM25.3 bilion).

“Jumlah itu adalah kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport Malaysia kini dikecualikan daripada tarif import AS. Justeru, kadar tarif yang lebih rendah memberi ruang kepada firma Malaysia menembusi pasaran AS dengan lebih kompetitif,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Afzanizam memaklumkan, kejutan tarif sentiasa menjadi punca kebimbangan dalam kalangan penggubal dasar dan pelabur.

“Ternyata, pendekatan diplomatik kerajaan kita telah menjana hasil yang diharapkan apabila kadar tarif efektif adalah lebih rendah pada kadar purata keseluruhan bagi pelbagai kategori produk.

“Pada masa yang sama, ia akan menjadi pemangkin utama kepada syarikat tempatan kita untuk berkembang berikutan mereka perlu bersiap sedia untuk persaingan yang lebih besar serta peluang untuk menembusi pasaran global,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai menyifatkan perjanjian itu sebagai pemangkin hubungan ekonomi dua hala paling signifikan dalam sejarah diplomasi perdagangan negara, di samping membuka laluan kepada pertumbuhan dagangan dan pelaburan jangka panjang yang lebih mampan.

Katanya, langkah itu bukan sekadar memperkukuh struktur perdagangan sedia ada, malah dijangka menjadi asas pembangunan sektor strategik baharu termasuk teknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui, pertanian moden dan komoditi utama negara.

“Ini adalah kali pertama Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan komprehensif dengan AS yang menandakan kesediaan Washington untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan Putrajaya secara strategik.

“Ini merupakan kejayaan besar kerana kita telah banyak kali cuba berunding untuk membuat perjanjian dengan AS namun tidak pernah berjaya. Inilah pertama kali kita berjaya mendapat satu perjanjian yang formal dengan AS,” katanya.

Barjoyai berpandangan, walaupun pengecualian itu dilihat mungkin tidak besar, ia adalah asas kepada kesediaan AS mempertimbangkan fleksibiliti baharu berbanding persetujuan sebelum ini.

“Walaupun kadar timbal balas 19 peratus terhadap eksport Malaysia ke AS dikekalkan, 1,711 talian tarif dikecualikan daripada kadar itu, satu langkah penting yang memberi isyarat perubahan positif terhadap dasar perdagangan AS di rantau ini,” katanya.

Kunjungan Presiden AS, Donald Trump, pada Ahad ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan beberapa perjanjian ditandatangani antaranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dan perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Di bawah perjanjian itu, AS mengekalkan kadar tarif 19 peratus terhadap barangan asal Malaysia, namun memberikan pengecualian kepada 1,711 talian tarif eksport meliputi sektor utama seperti minyak sawit, produk getah, koko, komponen pesawat dan farmaseutikal.

Semua pengecualian itu dianggarkan bernilai AS$5.2 bilion (RM21.9 bilion) atau kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke AS, sekali gus menjamin kesinambungan pasaran dan mengelak gangguan kepada sektor pengeluaran domestik.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri