Malaysia tunjuk tanda aras tinggi kepimpinan ASEAN

PENANDA atas tinggi ditunjukkan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kepimpinan ASEAN hingga mendapat pujian serta pengiktirafan daripada negara anggota lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kejayaan itu bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil tindakan bersama merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan dasar serantau dapat dijayakan dengan berkesan.

“Kita melihat setakat ini pencapaian begitu baik sekali hingga kita mendapat pujian dan sanjungan daripada seluruh negara.

“Ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui tindakan bersama daripada setiap lapisan dalam ASEAN. Kita bekerja rentas kementerian dan agensi, semua memberikan penghormatan kepada apa yang telah kita laksanakan,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCITY Expo 2025 di Putrajaya, hari ini.

Fadillah menambah, kejayaan Malaysia itu turut melahirkan rasa kagum dalam kalangan negara anggota lain, termasuk Filipina yang akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.

Jelasnya, pihak negara itu mengakui berdepan cabaran untuk menandingi tahap pencapaian yang telah digariskan oleh Malaysia dalam pentadbiran ASEAN.

“Malahan sekarang ini Filipina agak gusar sebab kita sudah meletakkan standard ini terlalu tinggi.

“Mereka sendiri tertanya-tanya bagaimana mahu mencapai setiap tahap yang telah Malaysia corakkan,” katanya.

Fadillah berkata, banyak memorandum persefahaman (MoU) dan komitmen baharu dimeterai di bawah kepimpinan Malaysia, selain kejayaan memposisikan negara sebagai wadah keamanan serantau melalui peranan yang dimainkan dalam hubungan antara Kemboja dan Thailand.

Tegasnya, kejayaan itu turut diperakui di peringkat antarabangsa apabila pertemuan bagi mengukuhkan hubungan dua negara berkenaan disaksikan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Fadillah turut menyifatkan penerimaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 sebagai sejarah penting yang membuktikan keupayaan Malaysia memacu perpaduan dan kestabilan serantau.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula