Timor-Leste rasmi sertai ASEAN, PM ajak bersama bangunkan komuniti serantau

TIMOR-Leste secara rasmi menjadi anggota ke-11 ASEAN, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh integrasi serantau dan memperluas kerjasama antara negara anggota, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi ASEAN menegaskan penyertaan negara itu menunjukkan komitmen Timor-Leste untuk menjadi rakan baharu yang berfungsi dan berkesan, walaupun berdepan cabaran pada peringkat awal.

“Bagi pihak semua rakan kepimpinan (ASEAN) saya, kami boleh meyakinkan anda, kami akan menganggap anda sebagai rakan yang benar-benar berfungsi dan berkesan. Kami memahami kesusahan, harapan dan aspirasi anda.

“Marilah kita bersatu membina ASEAN ini bersama. Terima kasih kerana sedia mempertimbangkan dan menerima semua syarat dikenakan di koridor ini.

“Biarpun mungkin sukar pada mulanya, tetapi anda melakukannya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Resepsi sempena penyertaan Timor-Leste ke ASEAN bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Majlis makan tengah hari itu turut dihadiri Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta; Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusma; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, serta Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU), Antonio Costa.

Dalam ucapan ringkasnya, Gusmao turut mengajak pemimpin utama ASEAN serta pemimpin antarabangsa lain berkunjung ke negaranya, selaras dengan visinya untuk membangunkan Timor-Leste.

Semalam, Gusmao menegaskan penyertaan rasmi negaranya ke dalam ASEAN bukan sekadar untuk keuntungan ekonomi, sebaliknya bagi memastikan suara Timor-Leste didengari dan dihormati di peringkat serantau serta antarabangsa.

Timor-Leste secara rasmi menjadi anggota ke-11 ASEAN, menandakan kejayaan bersejarah bagi negara itu serta blok serantau.

Penyertaan itu dimeterai apabila Gusmao menandatangani Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN bersama 10 lagi pemimpin utama ASEAN, termasuk Anwar sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Anwar menegaskan bahawa walaupun mungkin terdapat kesukaran pada awal penyertaan, Timor-Leste telah membuktikan kesungguhan dan kesediaannya untuk menjadi anggota ASEAN yang berfungsi dan berkesan, sekaligus memperkukuh perpaduan serantau serta komitmen terhadap keamanan, kerjasama dan kemakmuran di Asia Tenggara.

Related Posts

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030