UMNO tidak larang ahli berkomunikasi dengan pemimpin parti lain – Asyraf Wajdi

TIADA larangan yang menghalang mana-mana ahli UMNO untuk berhubung mahupun berkomunikasi dengan pemimpin atau individu daripada parti lain.

Malah, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, parti juga tidak melarang ahli UMNO untuk berhubung dengan sebarang individu yang telah dikenakan tindakan displin.

Menurut beliau, perbezaan pandangan serta pegangan politik tidak seharusnya menjadi punca sehingga memutuskan tali persaudaraan.

“UMNO tidak melarang mana-mana ahli untuk berhubung dengan sesiapa termasuk mereka yang dijatuhkan hukuman disiplin mahupun yang berbeza parti.

“Berbeza ideologi politik jangan sampai putus hubungan silaturrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Asyraf memaklumkan, parti politik hanyalah wadah dan alat untuk pemimpin memperjuangkan satu-satu agenda berasaskan prinsip, ideologi dan pendekatan yang diyakini masing-masing.

Jelasnya, tiada siapa boleh menghukum bahawa pendirian dan ideologinya itu tepat dan betul sepenuhnya.

“Dalam istilah agama disebut Ijtihadi, sedangkan persaudaraan Islam itu dibina atas dasar aqidah yang disebut ukhuwah dan silaturrahim yang sifatnya wajib untuk dipertahankan dan tidak sesekali diputuskan.

“Sebab itulah berbeza parti dan wadah politik sekalipun jangan sampai kita memutuskan tali persaudaraan yang diikat atas dasar Islam. Tiada masalah berlainan ideologi yang penting pelihara ukhuwah dan silaturrahim,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin dan ahli Bersatu tidak terlibat dalam sebarang bentuk penganjuran, perjumpaan atau perbincangan dengan mana-mana pihak yang telah dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin parti terbabit.

Menurut surat pekeliling Setiausaha Agung Bilangan 3 Tahun 2025 yang ditandatangani Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, setiap ahli mempunyai tanggungjawab mendukung matlamat dan tujuan parti.

Selain itu ahli perlu melaksanakan dasar-dasar parti selaras dengan Fasal 9.1 Perlembagaan Bersatu, manakala Fasal 9.1.4 turut menegaskan pematuhan terhadap Perlembagaan Parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Lembaga Disiplin Bersatu sebelum ini memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Parti itu turut menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berhubung isu Akuan Bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini

Related Posts

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data