ASEAN, Korea Selatan sepakat manfaat kekuatan bersama pacu pertumbuhan serantau – PM

MALAYSIA menekankan kepentingan memanfaatkan kekuatan bersama antara ASEAN dan Korea Selatan bagi membentuk ekosistem serantau yang stabil, inklusif dan berdaya tahan, sekali gus membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan bersama yang dimiliki ASEAN dan Korea Selatan perlu digembleng bagi membentuk pasaran terbuka, memperkukuh rantaian bekalan dan memupuk pembangunan modal insan yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan.

Ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN–Korea Selatan, Perdana Menteri menegaskan bahawa hubungan Dialog ASEAN–Republik Korea yang sudah terjalin lebih tiga dekad menjadi model kepada kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama.

Kini, katanya, hubungan itu telah berkembang menjadi Perkongsian Strategik Komprehensif yang mencerminkan keyakinan kedua-dua pihak serta nilai jangka panjang terhadap kerjasama yang telah lama terjalin.

“Mesyuarat kali ini berlangsung ketika dunia berdepan gangguan teknologi, persaingan strategik, rantaian bekalan yang terpecah serta tekanan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala.

“Dalam suasana mencabar ini, ASEAN dan Republik Korea menonjol sebagai negara yang percaya bahawa kemajuan hanya dapat dicapai melalui kerjasama,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengucapkan tahniah kepada Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, atas pelantikannya pada Jun lalu.
Anwar berkata, pada tahun 2024, jumlah dagangan antara ASEAN dan Republik Korea melebihi AS$200 bilion, menggambarkan kekuatan serta daya tahan hubungan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Selain angka tersebut, katanya, ASEAN turut menawarkan pelbagai peluang dalam sektor yang luas, didorong oleh tenaga dinamik dan kepelbagaian lebih 600 juta penduduknya.

“Republik Korea pula membawa inovasi, teknologi dan semangat kreatif yang terus memberi inspirasi kepada dunia,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat