Malaysia komited jayakan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

MALAYSIA komited memastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari hari ini hingga Selasa berjalan lancar serta mencapai keputusan yang memberi manfaat kepada rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kemuncak berkenaan penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.

“Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak berkenaan yang diadakan di bawah kepengerusian Malaysia, malam tadi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah penubuhan blok serantau itu.

Tahun ini juga menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk kepengerusian ASEAN sejak penubuhan badan serantau tersebut pada tahun 1967.

Sebelum ini, Malaysia pernah mempengerusikan ASEAN pada tahun 2015, 2005, 1997 dan 1977.

Related Posts

Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh persefahaman serta menjalin kerjasama dalam kalangan komuniti yang pelbagai demi membina masa depan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Uzbekistan perluas kerjasama strategik pelbagai sektor

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Uzbekistan bersedia memperluas jaringan kerjasama dalam pelbagai sektor strategik, termasuk tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

Bantuan SYUKUR bawa kelegaan kepada penerima

Bantuan SYUKUR bawa kelegaan kepada penerima

Malaysia, Uzbekistan perluas kerjasama strategik pelbagai sektor

Malaysia, Uzbekistan perluas kerjasama strategik pelbagai sektor

RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

RM450,000 disalur perkasa 180 usahawan wanita Perak melalui BizNita 2026

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia