Pendekatan betul perlu untuk dekati Gen Z – KP JKOM

GENERASI baharu seperti Gen Z dan Alpha tidak boleh didekati dengan cara lama kerana mereka tidak suka dikongkong atau diarahkan dalam membentuk pemikiran sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, generasi ini tidak mempunyai sentimen politik terhadap mana-mana parti atau pemimpin, namun memiliki pengaruh besar dalam menentukan hala tuju wacana masyarakat menerusi media sosial.

“Ini bukan generasi bakal pemimpin, mereka memang sudah pun menjadi pemimpin dalam ruang digital,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurutnya, dalam menghadapi norma baharu dan era digital yang penuh ketidaktentuan, perlu ada satu rangka pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi melatih rakyat menilai maklumat secara kritikal.

“Namun, pendidikan itu tidak boleh terlalu berstruktur kerana kita berhadapan situasi yang dinamik. Ada perkara dalam kawalan kita dan ada yang di luar kawalan,” katanya.

Beliau menegaskan, dalam ekosistem komunikasi baharu ini, peranan pencipta kandungan atau ‘content creator’ amat penting dalam membentuk naratif yang sihat serta memupuk budaya perbincangan berasaskan fakta.

“Pendekatan kita bukan untuk menjawab setiap isu, sebaliknya kata kuncinya ialah ‘engagement’ bagaimana kita berinteraksi dan mengambil pendekatan bersama masyarakat. Perbezaan pendapat pasti berlaku, tetapi mesti di atas landasan mencari kebenaran,” ujarnya.

Ismail turut mengingatkan bahawa masyarakat perlu diajar untuk bersetuju untuk tidak bersetuju, dengan fokus mencari titik temu, bukan mempertahankan algoritma atau pandangan sendiri.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor