Kerajaan MADANI komited perkukuh keselamatan penerbangan, Air Borneo dijangka pacu mobiliti Limbang

LIMBANG – Kerajaan terus komited memperkukuh aspek keselamatan dalam sektor penerbangan negara menerusi pelbagai inisiatif serta kerjasama strategik bersama agensi negeri dan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program seumpama itu bukan sekadar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan penerbangan, tetapi juga mencerminkan komitmen bersama kerajaan dan rakyat dalam menjayakan aspirasi keselamatan udara negara.

“Keselamatan bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya hasil kerjasama erat antara kerajaan, industri dan masyarakat.

“Usaha seperti ini memperkukuh budaya keselamatan yang berterusan dan menyeluruh,” katanya ketika merasmikan Program Kesedaran Budaya Keselamatan Penerbangan di Lapangan Terbang Limbang pada Sabtu.

Hasbi turut memaklumkan kerja-kerja menaik taraf landasan sepanjang 290 meter di lapangan terbang itu kini sedang giat dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM45 juta.

Beliau berkata, penambahbaikan tersebut akan membolehkan pesawat bersaiz lebih besar mendarat di Limbang, sekali gus membuka peluang untuk memperluas jaringan penerbangan ke luar Sarawak.

“Dengan adanya kemudahan ini, Insya-Allah, ia akan membuka laluan kepada potensi penerbangan terus dari Limbang ke destinasi luar Sarawak,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan sedang berbincang dengan pihak Malaysia Airlines bagi menubuhkan syarikat penerbangan baharu, Air Borneo.

Hasbi menaruh harapan agar penubuhan Air Borneo kelak menjadikan Limbang sebagai salah satu pintu keluar utama dari Sarawak, memandangkan kedudukannya yang strategik berhampiran Brunei.

“Saya percaya pasaran penerbangan ini berpotensi besar kerana lokasi Limbang yang berdekatan dengan Brunei serta keperluan penduduk setempat yang semakin meningkat untuk bekerja, belajar dan berurusan di luar Sarawak,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pembangunan sektor penerbangan akan terus seimbang dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan kualiti udara.

“Limbang antara kawasan yang memiliki kualiti udara terbaik di negara ini. Oleh itu, aspek penjagaan alam sekitar dan penggunaan inovasi kapal terbang mesra alam kekal menjadi keutamaan Kementerian Pengangkutan,” ujarnya.

Katanya, kementerian juga melaksanakan pelbagai inisiatif hijau bukan sahaja dalam sektor penerbangan, malah merangkumi keseluruhan sistem pengangkutan negara bagi memastikan pembangunan dan kelestarian bergerak seiring.

Program tersebut turut disertai pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat yang hadir menyokong usaha membudayakan keselamatan penerbangan di peringkat akar umbi.

Hasbi menegaskan, dengan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan rakyat, Sarawak berpotensi menjadi hab penerbangan serantau yang berdaya saing di Borneo, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat.

Related Posts

ADUN Senadin santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

MIRI – Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyantuni penduduk setempat di Riam Mosjaya di sini bagi meraikan sambutan Hari Bapa, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Senadin santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

ADUN Senadin santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber