JKOM dekati komuniti Pulau Banggi, sebar dasar kerajaan melalui PMR

KUDAT – Program MADANI Rakyat (PMR) menjadi platform penting kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan serta dasar kepada rakyat di kawasan kepulauan, khususnya komuniti Pulau Banggi, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, program merupakan antara inisiatif utama Kerajaan MADANI bagi memastikan rakyat, tanpa mengira lokasi, dapat mengakses maklumat, memahami dasar serta menikmati perkhidmatan kerajaan dengan lebih dekat dan berkesan.

“PMR bukan sekadar acara biasa, tetapi gerakan menyeluruh yang berperanan sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan PMR: Komuniti Pulau Banggi di Dewan ESSCOM, Pekan Karakit, Pulau Banggi, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, JKOM berperanan menyediakan platform pertemuan antara jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat supaya komuniti dapat memahami dasar kerajaan serta menerima perkhidmatan terus daripada agensi terlibat.

Katanya, program itu turut menjadi manifestasi pendekatan turun padang kerajaan dengan menghimpunkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung bagi memberi manfaat kepada rakyat.

“Daripada pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter bantuan kebajikan hinggalah kepada nasihat keusahawanan dan peluang pendidikan, semuanya dibawa khas untuk komuniti di sini,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan Pulau Banggi sebagai lokasi program melambangkan komitmen kerajaan untuk mendekati komuniti di kawasan kepulauan.

“Peranan JKOM di sini bukan membawa pembangunan fizikal, tetapi pembangunan minda dan maklumat,” katanya.

Menurutnya, melalui platform komunikasi seperti program ini, masyarakat diberi peluang mendapatkan maklumat tepat, memahami dasar kerajaan dan menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara bangsa.

“Inilah erti sebenar pembangunan komunikasi dalam membina kefahaman dan pemikiran rakyat berteraskan nilai Malaysia MADANI agar tiada komuniti, walau sejauh Pulau Banggi, yang ketinggalan dalam arus kemajuan negara,” katanya.

Ismail menjelaskan, Program MADANI Rakyat mempunyai tiga objektif utama iaitu menjadikan JKOM sebagai jambatan komunikasi antara pelbagai jabatan, meningkatkan kefahaman terhadap gagasan Malaysia MADANI serta menyokong pembangunan sosioekonomi tempatan.

Katanya, enam nilai utama Malaysia MADANI Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan, yang menjadi asas kepada dasar pentadbiran negara dan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian rakyat.

“Rakyat bukan hanya menerima perkhidmatan, tetapi turut memahami dasar dan menjadi sebahagian daripada pembinaan masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata bahawa Kerajaan MADANI memahami keperluan rakyat dan memastikan setiap bantuan disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan, termasuk di Pulau Banggi.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi, Jaslee Jaafar; Ketua Polis Balai Karakit mewakili Ketua Polis Daerah Kudat, ASP Mohd Yassin Sagap; Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Suwadi Guliling, Pengarah JKOM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kudat, Abdullah Sabaruddin.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula