Belanjawan Selangor 2026 dijangka fokus tangani banjir

PROJEK menaik taraf bagi menangani isu banjir antara menjadi tumpuan utama Belanjawan Selangor 2026.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Kerajaan Negeri komited fokus menangani isu banjir demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, pelaksanaan projek berkenaan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memperuntuk RM2.2 bilion bagi 43 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi dalam Belanjawan Negara 2026.

“Sebahagian projek akan diteruskan termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2 selain tumpuan kepada anak sungai, sistem longkang dan perparitan bagi mengatasi banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Skuad Pengurusan Bencana Negeri di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Amirudin turut memaklumkan Belanjawan Selangor 2026 akan dibentang pada 14 November ini dengan penekanan kepada kebajikan dan pemberdayaan semua rakyat termasuk masyarakat India.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat memaklumkan sejumlah RM2.2 bilion diperuntuk bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek RTB berkeutamaan tinggi termasuk RTB Sungai Buloh Fasa 2.

Menurutnya, RTB lain termasuk RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang dan RTB Sungai Chaah, Segamat di Johor serta RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan