Kutipan tol EKVE bermula tengah malam ini

PELAKSANAAN kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) berkuat kuasa bermula 25 Oktober selepas 12.01 tengah malam ini.

EKVE Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, pelaksanaan kutipan tol itu menandakan fasa operasi penuh lebuh raya tersebut yang menghubungkan kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long, di bawah pengendalian syarikat konsesi tersebut.

Sebelum ini, pengguna menikmati hampir menikmati tol percuma selama dua bulan sejak lebuh raya itu dibuka pada 30 Ogos lalu.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat, pengguna EKVE telah menikmati tol percuma sejak jajaran Seksyen 1 dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Ogos 2025.

“Langkah ini diberikan sebagai tempoh pelepasan tol sementara bagi membolehkan pengguna membiasakan diri dengan laluan baharu serta menggalakkan aliran trafik lebih lancar antara kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long,” menurut kenyataan itu.

Kutipan tol di Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

EKVE turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol ini bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi hotline EKVE di talian 1-300-88-3583.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan