Panel penasihat klinik kesihatan penghubung utama masyarakat dan perkhidmatan awam

KUALA KEMAMAN – Panel Penasihat Klinik Kesihatan bukan sekadar membantu urusan pentadbiran, tetapi menjadi jambatan penting yang menghubungkan masyarakat dengan perkhidmatan kesihatan awam di peringkat komuniti.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Kemaman, Abd Hadi Muhammad berkata, peranan panel amat signifikan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata, peruntukan besar yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan melalui Belanjawan 2026 perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar akses kesihatan yang baik dapat dirasai semua pihak.

“Panel penasihat juga menjadi duta kecil Kementerian Kesihatan bagi memberi penerangan dan memastikan komuniti setempat mendapat maklumat serta akses kepada perkhidmatan kesihatan awam,” katanya ketika ditemui pada program Cergas dan Seimbang: Misi Berat Badan Ideal 2025 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kemaman, pada Khamis.

Abd Hadi (kanan)

Program anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Kemaman dengan kerjasama Sri Al-Amin Kemaman dan petugas kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Kemaman itu menampilkan pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan, reruai ‘Kenali Ubat Anda’ dan reruai kesihatan pergigian.

Turut diadakan ialah aktiviti permainan interaktif yang disertai pelajar Pusat Pendidikan Al-Amin Kemaman, manakala warga komuniti tidak melepaskan peluang mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat kesihatan sepanjang program berlangsung.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled