Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu

PELAKON popular, Uqasha Senrose dilapor memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi tadi bagi menghadiri prosiding sebutan kes cerai kali pertama.

Sumber terdekat memberitahu Sinar Harian, rumah tangga pasangan itu dilaporkan bergolak sejak April lalu, namun situasi itu bukan berpunca daripada orang ketiga.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung, dengan Uqasha kini menetap di kediaman ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berbaur luahan hati dimuat naik pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menjadi perhatian netizen, selain mencetuskan spekulasi mengenai keadaan rumah tangganya.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi