Lelaki ditahan bersama 248 pil ecstasy bernilai RM12,400 di Lundu

LUNDU — Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun selepas menemui 248 biji pil berwarna biru disyaki dadah jenis Ecstasy dalam satu serbuan di Kampung Rukam, Lundu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram, serbuan yang dijalankan pada jam 2 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) bersama Task Force IPD Lundu itu berjaya merampas dadah dengan anggaran berat 100.93 gram dan nilai pasaran RM12,400.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Walau bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 12 kali sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Oktober 2025 bagi membantu siasatan lanjut.

Tambah beliau, BSJN IPD Lundu telah merekodkan sebanyak 115 tangkapan berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah sejak Januari hingga 20 Oktober tahun ini.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah. Orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan ini melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” jelasnya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh