Klopp mungkin kembali kendali Liverpool

JURGEN Klopp mengakui tidak mustahil dia kembali membimbing Liverpool, namun menegaskan ketika ini dia tidak langsung merindui kehidupan sebagai jurulatih.

Bekas pengendali kelahiran Jerman itu meninggalkan Anfield pada 2024 selepas sembilan tahun penuh kejayaan, dengan alasan dirinya sudah kehabisan tenaga.

Kini, Klopp bertugas bersama Red Bull sebagai Ketua Global Bola Sepak.

Meskipun sebelum ini menolak kemungkinan untuk kembali ke dunia kejurulatihan, Klopp mengakui pintu untuk kembali ke Liverpool masih terbuka, sekurang-kurangnya secara teori.

“Saya pernah katakan, saya tidak akan melatih mana-mana pasukan lain di England.

“Jadi jika saya kembali, itu bermaksud hanya untuk Liverpool,” kata Klopp dalam audio siar The Diary of a CEO.

“Jadi ya, secara teori ia mungkin. Tapi saya sangat gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang.

“Saya tidak rindukan melatih pemain, tidak rindu berdiri di tengah hujan dua atau tiga jam, atau menghadiri sidang media tiga kali seminggu. Saya tidak rindukan semua itu.”

Tambah Klopp, selepas lebih 1,000 perlawanan sebagai pengurus, dia kini menikmati masa berehat daripada tekanan bilik persalinan.

“Saya sudah berusia 58 tahun. Dari satu sudut, ia mungkin dianggap tua, tapi dari sudut lain, masih belum terlalu tua. Jadi mungkin beberapa tahun lagi saya boleh buat keputusan.

“Kalau saya perlu buat keputusan hari ini, saya tidak akan melatih lagi. Tapi mujurlah saya tidak perlu lakukannya sekarang, saya biarkan masa tentukan,” katanya.

Dalam masa sama, Klopp turut memuji penggantinya di Anfield, Arne Slot, yang menamatkan musim pertamanya dengan penuh gemilang apabila membantu The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Kami sering berhubung selepas itu, dia seorang yang hebat. Dia mendapatkan yang terbaik dari pasukan ini dan mereka menjadi juara dengan cara yang luar biasa,” katanya.

Klopp turut menyifatkan Slot bijak apabila tidak melakukan banyak perubahan drastik pada awal pelantikannya, dan menegaskan sebarang perubahan besar memerlukan masa untuk menampakkan hasil.

Related Posts

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan