KONCO NONA perkasa wanita penggerak perubahan akar umbi

KALABAKAN – Pelancaran KONCO NONA bukan sekadar berperanan sebagai jentera sokongan kempen semata-mata tetapi terus memperkasa wanita dalam menjadi penggerak perubahan politik dan sosial di peringkat akar umbi, kata Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop.

Beliau berkata, inisiatif itu di bawah kempen Kalabakan UMNO Community of Friends and Volunteers (KONCO SBY) yang memperkukuh wanita sebagai penggerak kempen pilihan raya khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu.

“KONCO NONA adalah lambang kelembutan yang berani kerana kita mahu wanita bukan hanya penonton politik, tetapi penggerak utama perubahan.

“Bila wanita bergerak dengan hati yang ikhlas, perjuangan akan jadi lebih indah dan berkat,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Pelancaran pada Ahad itu dihadiri golongan wanita yang terdiri daripada suri rumah, guru, usahawan kecil dan belia yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kekeluargaan dan perpaduan.

Selain pimpinan Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, ia turut dihadiri wakil pertubuhan masyarakat dan aktivis tempatan yang menyatakan komitmen untuk menggerakkan jentera wanita di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Menurut Samasuddin, melalui pendekatan politik yang lebih segar, inklusif dan dekat dengan denyut nadi rakyat, KONCO NONA mampu memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu ekonomi dan keusahawanan; keluarga dan pendidikan anak serta kepimpinan dan sukarelawan komuniti.

“Melalui bidang keusahawanan, wanita boleh menjana pendapatan sampingan manakala nilai keluarga dan kepimpinan akan melahirkan wanita berdaya saing sebagai ejen perubahan sosial.

“Wanita adalah tiang seri bangsa kerana bila wanita bangkit dengan kasih dan keyakinan, tidak ada kekuatan politik yang dapat menghalang kebangkitan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

IPOH – Prestasi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Perak mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan pencapaian terbaik sejak sistem semester diperkenalkan pada tahun 2013, dengan semua calon layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

ALOR SETAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut migran warga Myanmar yang diseludup di Bukit Kayu Hitam, dekat sini bulan lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Prestasi STPM Perak catat rekod terbaik sejak 2013, semua calon layak terima sijil

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Gara-gara ‘angkut’ migran, dua anggota tentera didakwa ke mahkamah

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Suami Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari meninggal dunia

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Malaysia ulangi pendirian utamakan diplomasi tangani ketegangan global – PM

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM

Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM