Ruji, Christina antara calon yang disenarai pendek, keputusan akhir diputuskan pimpinan atasan PKR – Mustapha

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan bahawa Datuk Ruji Ubi merupakan salah seorang yang disenarai pendek untuk menjadi calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

“Saya ingin sahkan bahawa beliau (Ruji) adalah salah seorang daripada senarai calon untuk Merotai dan keputusan akhir akan dibuat oleh pimpinan, terutamanya presiden.

“Jadi kita tunggu lah keputusan akhir ini akan dibawa dalam Majlis Pimpinan Pusat, biro politik dan keputusan akhir oleh presiden parti, oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Komuniti Universiti Malaya: UMCares@Sepanggar di Balai Raya Kampung (Kg) Bambangan, Inanam, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mengumumkan Ruji sebagai calon yang akan bertanding di DUN Merotai semasa Himpunan Tamu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Terbuka Awam Merotai Besar, Tawau baru-baru ini.

Sementara itu, Mustapha turut ditanya berkenaan status terkini Datuk Seri Christina Liew, sama ada tersenarai menjadi salah seorang calon yang akan bertanding bagi DUN Api-Api sekali gus mempertahankan kerusinya sebelum ini, beliau turut mengesahkan bahawa Christina juga turut tersenarai.

“Dia (Christina) masih tersenarai dan itu yang saya sebut tadi keputusan akhir nanti akan diputuskan oleh pimpinan bersama, pimpinan negeri dan juga pusat,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit